nuffnang ads

Thursday, November 25, 2010

MINTA MAAFLAH TUN...SAYA TAK SUDI MASUK UMNO

SEMALAM Tun Mahathir ajak saya masuk Umno! Maaflah Tun..bukan saya tak mahu, tapi saya masih tak sudi.

Saya tak nampak apa pun Umno buat selama 53 tahun untuk orang Melayu. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dijanjikan untuk beri orang Melayu 30 peratus ekonomi dalam negara pun terkial-kial. Tak apalah Tun...terima kasih sahajalah di atas ajakan itu.

Saya tahu saya mungkin tak berharga untuk UMNO tapi sekurang-kurangnya harga diri saya tidak hilang langsung dengan tidak masuk UMNO.

Saya kini sedang memikirkan mahu mencari lereng-lereng bukit atau kaki-kaki gunung yang boleh saya buat rumah atau pondok untuk 7 generasi saya nanti. Saya takut dengan masuk UMNO lagi tak sempat saya nak cari tempat yang paling hulu untuk tempat anak-anak saya dari bangsa Melayu  tinggal apabila dihalau oleh kemelaratan hidup nanti.

Terima kasih di atas ajakan Tun. Saya hormati Tun sebagai orang yang lebih tua dan pernah menjadi Perdana Menteri sebuah negara saya bernama Malaysia, tapi saya harus lebih menghormati maruah dan martabat keturunan Melayu saya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10