nuffnang ads

Monday, March 7, 2011

TIDUR KAT SURAU LAMA: PAGI ESOK BANGUN, RUPANYA SEBELAH KERANDA


DULU-dulu sekitar 70-an, keranda dibuat menggunakan dua rim basikal atau motosikal yang dipotong dua. Sebahagian besarnya papan bermutu tinggi dan paling penting, kebanyakan keranda disimpan di bawah surau. Apabila ada hajat untuk menggunakannya barulah ia diambil.

Itu kisah keranda. Ini kisah tidur di surau lama - surau yang dibina di sebuah kampung di Port Dickson. Dibina sebelum merdeka lagi, tapi surau itu kini telah tiada. Di tapak lamanya, didirikan surai bau yang bersih dan indah. Surau lama dulu, asalnya beratap nipah sebelum digantikan zink. Ia dibina tinggi, mempunyai ruang di tingkat bawah untuk menyimpan banyak benda, termasuk keranda.

Gendang dan tabuh yang dipukul untuk memberitahu masuk waktu solat atau memberitahi penduduk kampung tentang sesuatu yang berlaku, disimpan di tepi dinding surau, tidak jauh dari bilik ar.

Satu malam, empat sekawan pulang dari merayau satu kampung berbasikal, tidak mahu pulang ke rumah kerana telah terlalu lewat. Akhirnya buat keputusan tidur menumpang di surau lama itu.

Tidak sampai setengah jam berbaring kesemuanya terlelap. Peliknya, keesokannya seorang daripada mereka dialihkan tempat tidurnya ke bawah surau, betul-betul bersebelahan keranda!

Tiga kawan yang lain pula dialihkan juga tapi tidak jauh dari tempat asal, maknanya masih di atas surau. Cuma kasihan yang dialihkan ke sebelah keranda, terbangun sahaja bermuka pucat lesi.

Mana tidaknya, dia tertanya-tanya siapa yang mengangkatnya turun ke bawah kalau bukan seseorang atau sesuatu yang berkuasa hebat dan kuat!

Oleh kerana tidak terjawab dengan apa yang berlaku, dia demam. Kawan-kawan yang bertiga lagi juga seram sejuk dan mereka langsung tidak berani tidur di surau sesuka hati.

Kisah ini hanya cerita dulu-dulu. Namun kita percaya, perkara serupa, iaitu dialihkan ketika tidur bukan perkara atau kejadian dulu-dulu sahaja tetapi turut berlaku pada hari ini. Tanyalah kawan-kawan, ia cerita yang akan sentiasa menuntut kita tertanya-tanya - tapi sukar menemui jawapannya.

DARREN CHOY KHIN MING MOHON MAAF TERBUKA KEPADA BEKAS SUAMI DAPHNE IKING


MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Pengurus Besar Adidas, Darren Choy Khin Ming daripada saman peribadi yang difailkan oleh bekas suami pelakon dan pengacara, Daphne Iking, selepas beliau membuat permohonan maaf terbuka.

Permohonan maaf itu berkait dakwaan dia memikat Daphne Iking, ketika pelakon berkenaan masih lagi menjadi isteri yang sah kepada Ryan Chong Yiing Min, seorang ahli perniagaan.

Permohonan maaf itu ditujukan kepada Ryan yang memfailkan saman peribadi ke atas Darren Choy.

Daphne Iking kini telah memeluk Islam dan menukar nama kepada Dahlia dan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan awal tahun ini.

AMPUN TUANKU! RAKYAT JELATA TENANG DI BAWAH REDUP NAUNGAN DULI TUANKU

AMPUN TUANKU! Rakyat jelata tenang di bawah redup naungan tuanku. Semoga Allah memberikan kesejahteraan dan rahmatNya buat DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.-nstp

GAMBAR: MEMANG MELAMPAU BETUL DIA NI!


SUDAHLAH dia menjaringkan tiga gol untuk membenam Manchester United 3-1, pemain Liverpool ini, Dirk Kuyt boleh kata kepada pemain Manchester United macam ini: "PADAN MUKO KAU JANG! KONO KAU TIGO BIJI!"..hehehehe..Tak percaya tengok mulut dia tu!

BENANG BASAH BUAT MENJAHIT HATI


BENANG basah mahu ditegakkan, memang tidak boleh. Mana tidaknya. Benang kering sekali pun tak mungkin ditegakkan, inikan pula benang basah.

Penyapu baru memang mahu membersihkan semua, termasuk membersihkan sesuatu yang telah bersih. Bagaimanapun, menganggap penyapu lama tidak berguna, tentulah tidak adil kerana penyapu lama telah sekian lama berkhidmat membuang debu dan habuk. Kalau bukan kerana tugasnya membuang debu dan habuk, mustahil penyapu lama boleh menjadi semakin haus dan rongak lidinya!

Ada atau tidak, kehadiran atau kewujudannya memang tidak memberi makna. Memang benar, ada tidak menambahkan bilangan, tiada tidak mengurangkan hitungan. Tetapi kehadirannya itu yang lebih penting kerana setiap kehadiran atau kewujudan membawa pertambahan di segi angka, walaupun kita tidak mahu mengiranya sekali.

Kalau sudah tumbang, pokok kelapa pun akan dititi kura-kura. Ketika tegaknya, kura-kura hanya sekadar mendongak. Demikian apabila tumbang, semua yang baik turut menjadi hilang. Bayangkann kalau pohon kelapa yang tumbang itu kembali tegak, beranikah kura-kura meniti atau memanjatnya. Tapi,, kura-kura pasti tersenyum kerana tahu, pokok yang telah tumbang tentu sukar untuk kembali tegak.

Ukurlah baju di badan sendiri. Ini untuk yang mempunyai banyak duit untuk membeli baju. Kalau hanya tinggal sehelai baju yang ada atau baju itu pemberian orang, apalah yang boleh dibuat lagi. Daripada tidak berbaju, alangkah elok disarung juga, walaupun hanya muat untuk dimasukkan ke kepala.

GAMBAR: TAN SRI TAIB MAHMMUD DAN PUAN SRI RAGAD 'KANTOI' KETIKA BERSHOPPING


KALAU memang jadi sebutan orang, di mana-mana pun menjadi perhatian. Demikian yang berlaku apabila Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud dan isteri 'terkantoi' ketika membeli-belah di sebuah kompleks perniagaann di Kuching. Orang ramai tidak melepas peluang bergambar bersama. -pix nstp

EMAK DI HOSPITAL, ANAK 15 TAHUN GANTI PENYEDAP AYAH!


SEORANG anak berusia 15 tahun, beberapa kali menyediakan ruang untuk ayah tiri berasa sedap selama ibunya berada di hospital menjalani pembedahan akibat mengandung di luar rahim.

Anak yang mentah dan hijau itu sanggup menjadikan ibunya sendiri sebagai madu 'barangkali' kerana berasa bertanggungjawab untuk memberi nafkah batin untuk ayah tiri yang gersang selama isteri tiada di rumahnya.

Harian Metro mendedahkan perbuatan bermadu dengan anak sendiri ini yag dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur membabitkan seorang wanita berusia 30-an.

Azie, mendakwa anak gadisnya yang berusia 15 tahun hasil perkahwinan terdahulunya melakukan perbuatan sumbang itu dengan suaminya ketika dia pulang dari hospital.

Menurutnya, selepas tiga tahun men janda, hatinya tertambat dengan seorang lelaki 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2002.

Menurut Azie lagi, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

"Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu sedang tidur. Bagaimanapun, ketika ditanya dia memberi alasan alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak yang lain tahu," katanya.

Katanya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anaknya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

"Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu," katanya.

Kini, anaknya itu tidak lagi berada di rumah dan dipercayai bersama ayah tirinya sejak enam bulan lalu.

Sunday, March 6, 2011

MANCHESTER UNITED 0 LIVERPOOL 2


LIVERPOOL menang 2-0 mengalahkan Manchester United. Cukuplah.

UBAT BATUK SEKARANG BUKAN BAGI BAIK: TAMBAH SAKIT PARAH LAGI ADALAH!


BRO, ubat batuk yang u bagi tu bukan nak kasi baik. Nak kasi padam adalah! Dan doktor itu pun terbahak-bahak.

Bukan engkau sorang cakap macam itu. Dah ramai sangat. Dah kena kira pakai calculator! Ubat batuk sekarang bukan macam ubat, tapi dah jadi macam penyakit yang sebarkan virus dan apa bagai jenis kuman!

Tanyalah pada yang sedang sakit tekak atau batuk atau selesema sekarang. Tanyalah! Mungkin 9 daripada 10 akan kata, lebih baik jangan ambil ubat batuk untuk hilangkan batuk. Tak mujarab langsung.

Serius. Ini apakah ada kaitan dengan ubat atau persekitaran kita yang menghadiahkan ancaman terlalu kuat kepada kesihatan sehingga ubat yang dicipta tidak mampu berfungsi lagi? Apakah kekuatan daya tahan manusia terhadap penyakit semakin kurang atau sebenarnya penyakit yang datang semakin ganas dan buas?

Atau kita terlupakah memeriksa kandungan udara di sekeliling kita. Apakah ini oksigen atau racun? Apakah kita terlupa, Tuhan sedang menguji dan kita semakin leka, terlupa dan nyanyuk?

NAMPAKNYA PILIHANRAYA UMUM PRU 13 LEPAS APRIL 2012


KAT langit tak nampak apa. Cuma yang nampak bayang-bayang, pilihanraya umum ke 13 mungkin akan diadakan selepas April 2012.

Ada masa setahun lebih kurang. Sempatlah juga nak repair sana sini, nak tampal sana sini. Kalau tak sempat repair, tak sempat tampal biarkan aje. Biarkan begitu saje!


UNIT LAWAN KEGANASAN (ULK) TENTERA DARAT


UNIT lawan keganasan (ULK) ATM jarang mempamerkan keupayaannya. Namun sempena ulang tahun ke 78 TD, sebahagian aksi unit itu dipamerkan di Kuala Lumpur hari ini. Tahniah skot!-NSTP

HARIAN METRO DI SABAH


KAT SABAH BAH..

KEPUTUSAN TAK RASMI MERLIMAU DAN KERDAU


KEPUTUSAN tak rasmi di Kerdau dan Merlima menunjukkan BN menang. Apa-apa pun kena tunggu keputusan rasmi.

MINUM AIR DARI PETAI PINANG TUNGGAL DAN POKOK LIAR DI SUNGAI PETANI BOLEH JADI KUAT DAN SIHAT!


ORANG Melayu khususnya pantang dengar hal yang pelik-pelik. Cerita pokok petai keluarkan air, terus jadi cerita panas.

Air ditadah terus diteguk. Masuk dalam kerongkong dan tersimpan dalam pundi kencing! Pakar pula kata itu air dari riang-riang ketika bersetubuh!

Ini pun satu pandangan yang melucukan. Riang-riang bersetubuh tak kanlah airnya bergelas-gelas, ngalahkan air manusia ketika kencing pagi waktu hujan!

Dua kejadian pokok menitiskan air di Pinang Tunggal dan Sungai Petani adalah satu kejadian biasa yang dijadikan Allah untuk menceriakan lagi kehidupan manusia. Apa yang peliknya. Kalau pokok keluarkan air, memang ada. Memang dah banyak kali orang tengok.

Tapi janganlah cakap itu air dari kencing riang-riang yang sedang bersetubuh. Tak masuk akal. Kalau air tupai sedang bersetubuh bolehlah sikit diterima akal. Yang orang kita pula, bila air itu datang dari cara pelik sikit mulalah anggap semuanya hebat, cemerlang dan terbilang. Boleh jadi kuat macam badang. Boleh jadi sihat selama-lamanya..Alahai...air turun dari celah dinding bangunan tak nak tadah ke? Orang kata air pelik, tapi lepas periksa rupanya air dari tangki najis bocor dan meleleh...boleh jadi kuat dan ketagih beb...teguk arrr...

Thursday, March 3, 2011

TERIMA KASIH MADAM!


Terima kasih madam. Engkau memang hebat dan berani. Cabaran aku engkau sambut dengan kata-kata penuh dua muka surat dalam buku catatanku itu.

Entah bila masanya engkau tulis, aku tidak tahu tapi aku tahu apa yang engkau tulis memang itulah yang tertulis dalam hati engkau.

Engkau kata engkau gersang! Ya...engkau berterus-terang engkau memang gersang dan engkau kata kalau engkau dibebaskan oleh laki engkau nanti, engkau mahu ajak aku kahwin.

Cuma akhir kata engkau, laki engkau perlukan masa mungkin lebih 10 tahun untuk lepaskan engkau. Maknanya, engkau tak akan merasa nak kahwin dengan aku, sebab masa itu engkau dah tak boleh beranak lagi! Engkau dah tentu menopaus tahap gaban!

Tapi terima kasihlah madam. Engkau tulis juga kata hatimu dalam buku catatanku. Engkau memang hebat dan cemerlang!

MAMAK! INI MI GORENG ADA BULU SEHELAI! AKU TAK NAK GANTI, AKU NAK DUIT BALIK!


Mion balik muka masam.

Diceritanya, kejadian terjumpa sehelai bulu dalam pirng mi goreng ketika dimakannya di sebuah restoran mamak, petang tadi.

Mion tak tahu bulu apa. Bulu ketiak ke, bulu tangan ke, bulu apa sekali pun, Mion tak tahu. Yang Mion tahu itu memang bulu.

Mamak tu kata mahu ganti mi goreng lain, tapi Mionn hilang selera. Dia paksa pulangkan balik duit yang dibayar awal-awal lagi ketika buat pesanan.

Kata Mion, hilang betul selera. Bulu sehelai pun fasal!

Wednesday, March 2, 2011

MADAM! BUKU CATATANKU BELUM KAU PERIKSA LAGI.


MADAM! Aku baru sahaja habis belajar bab terakhir ilmu yang kauajar. Buku notaku telah seminggu kaubawa pulang.

Tapi hari ini sewaktu kuterima buku itu, ia hanya tinggal catatanku sahaja. Madam masih belum memeriksa dan menandatanganinya.

Madam memang tidak adil. Memang tidak adil kerana hanya memeriksa dan menandatangani buku-buku catatan kawan-kawanku sahaja.

Atau madam segan mahu menulis kata-kata cinta dalam bukuku itu? Aduhh...jangan malu madam. Tuliskan sahaja kata-kata cintamu pada buku catatanku. Bukankah engkau pernah menawarkan aku menemani sunyimu sebelum ini!

Atau madam mahu aku yang memulainya? Tidak mengapa. Berikan sahaja buku catatanmu dan akan kutulis seribu kata cintaku buatmu.


MAI PEPOL LOP ME: MUAMMAR GADDAFI


MAI PEPOL LOP ME! Muammar Gaddafi kata rakyatnya sayangkan dia. Dia kata, rakyat Libya tak buat kacau. Yang buat kacau ialah al-Qaeda.

YESLAH mr Gaddafi. Ai lop yu tu! Yor pepol lop yu. Lop yu!

SELAMAT ULANG TAHUN KE 78 TENTERA DARAT


SELAMAT ULANG TAHUN KE 78 TENTERA DARAT-nst

Tuesday, March 1, 2011

SUKAN SEA DITUKAR NAMA KEPADA SUKANEKA ASIA TENGGARA!


DENGAN semakin banyak kalut dan mengarut, Sukan Sea sebaiknya ditukar nama kepada Sukaneka Asia Tenggara.

Indonesia sebagai penganjur kali ini juga disarankan menambah beberapa acara lagi untuk menjamin lebih banyak rekod dunia tercipta seperti acara main konda kondi, baling selipar, lumba tarik upih, lastik peluru terung pipit, lari dalam guni, acara tiup tepung, acara bawa telur dalam sudu dan acara lumba pakai kain batik!

Dengan semakin majunya dunia sukan antarabangsa, nampaknya Indonesia amat bijak dalam acara tradisional, iaitu acara jalan dan berfikir secara mengundur!

Tahniah Indonesia. Kalau tak cukup acara, tambah satu lagi acara paling menarik iaitu lumba berkayuh sambil bawa kretek dalam bot pancung!

DIGOSOKNYA BATU ITU BERKALI-KALI, BIAR KESNYA MENANG, TAPI....


Ini cerita dari mulut seorang wanita selebriti.

Dia bercerita tentang seorang bomoh lelaki asyik menggosok batu, konon entah untuk apa. Tapi lama difikir-fikirkannya, tentulah itu satu cara seseorang berusaha untuk menang kes walaupun sebenarnya hal ini tidak masuk akal atau munasabah atau munasarawak langsung!

Maka digosok-gosoklah batu itu berkali-kali oleh bomoh itu, sambil duduk. Digosoknya lagi berkali-kali sepanjang bicara. Lalu perbuatan si bomoh itu pun dilihatlah oleh seorang ayah kepada seorang lelaki yang ada di dalam mahkamah.

Cerita selebriti itu lagi, lebih kurang begini. Tertanya ayah lelaki itu apabila melihat si bomoh asyik menggosok batu sambil mulut berkumat-kamit.

"Apo kau buek tu jang?" mungkin itu tanya si ayah yang hairan.

Dijawab orang berdekatan, si bomoh sedang menggosok batu untuk membantu seseorang biar menang kes pelanggannya di mahkamah.

Lalu si ayah yang anaknya juga ada kaitan dengan kes itu berkata selamba. "Nah! kau tengok sapo kuek. Batu sapo lobih berkuaso! Kau tengok aku tongah menggosok batu ku ini!"

Maka ditanya seseorang. "Batu apokah yang pak cik gosok itu?"

Jawap lelaki itu: "Ni ha...batu tolur den! Kau tengok kek bomoh tu! Kan dan tak gosok batu dio laie. Sobab apo? Sobab batu den ni lebih power. hahahahahah!"

Monday, February 28, 2011

PEMBERONTAK TEMBAK PESAWAT TENTERA UDARA LIBYA DI MISRATA


SEBUAH pesawat tentera Libya yang sedang TEKUN menembak sebuah stesyen radio di Misrata, ditembak jatuh oleh pemberontak yang menentang Muammar Gaddafi hari ini.

Pesawat itu terbakar dan berkecai manakala dua anak kapalnya dikeronyok oleh pemberontak, mengikut resepi dan selera sendiri-sendiri!

GAMBAR: HARI-HARI TERAKHIR MEMBAYAR SAMAN, KASIHAN PERAWAN PENGSAN MENUNGGU GILIRAN


DEMIKIANLAH cerita hari-hari terakhir untuk membayar saman bagi mendapatkan diskaun. Seorang pelajar wanita berusia 22 tahun pengsan ketika menunggu giliran di tempat letak kereta. Dia tumbang secara tiba-tiba dan diselamatkan beberapa orang awam yang lain ketika mahu membayar saman di cawangan trafik Simpang Tiga, Kuching. Gambar oleh SU.

PENGARAH SPR PAHANG, MENINGGAL DUNIA: TAK SEMPAT TENGOK PILIHANRAYA KECIL KERDAU


PENGARAH Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusof, meninggal dunia petang tadi di Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh, Pahang, kira-kira jam 3.15 petang kerana serangan jantung.

Allahyarham Ismail, 57, dikatakan dalam rangka meninjau persiapan pilihanraya kecil Kerdau sebelum mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital, pagi tadi.

Semoga Allah merahmati rohnya. Al-Fatihah

LAGI GAMBAR TAN SRI CHAN KONG KOY DI MAHKAMAH. APAKAH DIA DIGARI?


Satu lagi sisi gambar Tan Sri Chan Kong Choy di mahkamah, ehsan NST. Apakah beliau digari?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10