nuffnang ads

Monday, March 7, 2011

BENANG BASAH BUAT MENJAHIT HATI


BENANG basah mahu ditegakkan, memang tidak boleh. Mana tidaknya. Benang kering sekali pun tak mungkin ditegakkan, inikan pula benang basah.

Penyapu baru memang mahu membersihkan semua, termasuk membersihkan sesuatu yang telah bersih. Bagaimanapun, menganggap penyapu lama tidak berguna, tentulah tidak adil kerana penyapu lama telah sekian lama berkhidmat membuang debu dan habuk. Kalau bukan kerana tugasnya membuang debu dan habuk, mustahil penyapu lama boleh menjadi semakin haus dan rongak lidinya!

Ada atau tidak, kehadiran atau kewujudannya memang tidak memberi makna. Memang benar, ada tidak menambahkan bilangan, tiada tidak mengurangkan hitungan. Tetapi kehadirannya itu yang lebih penting kerana setiap kehadiran atau kewujudan membawa pertambahan di segi angka, walaupun kita tidak mahu mengiranya sekali.

Kalau sudah tumbang, pokok kelapa pun akan dititi kura-kura. Ketika tegaknya, kura-kura hanya sekadar mendongak. Demikian apabila tumbang, semua yang baik turut menjadi hilang. Bayangkann kalau pohon kelapa yang tumbang itu kembali tegak, beranikah kura-kura meniti atau memanjatnya. Tapi,, kura-kura pasti tersenyum kerana tahu, pokok yang telah tumbang tentu sukar untuk kembali tegak.

Ukurlah baju di badan sendiri. Ini untuk yang mempunyai banyak duit untuk membeli baju. Kalau hanya tinggal sehelai baju yang ada atau baju itu pemberian orang, apalah yang boleh dibuat lagi. Daripada tidak berbaju, alangkah elok disarung juga, walaupun hanya muat untuk dimasukkan ke kepala.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10