nuffnang ads

Monday, March 7, 2011

TIDUR KAT SURAU LAMA: PAGI ESOK BANGUN, RUPANYA SEBELAH KERANDA


DULU-dulu sekitar 70-an, keranda dibuat menggunakan dua rim basikal atau motosikal yang dipotong dua. Sebahagian besarnya papan bermutu tinggi dan paling penting, kebanyakan keranda disimpan di bawah surau. Apabila ada hajat untuk menggunakannya barulah ia diambil.

Itu kisah keranda. Ini kisah tidur di surau lama - surau yang dibina di sebuah kampung di Port Dickson. Dibina sebelum merdeka lagi, tapi surau itu kini telah tiada. Di tapak lamanya, didirikan surai bau yang bersih dan indah. Surau lama dulu, asalnya beratap nipah sebelum digantikan zink. Ia dibina tinggi, mempunyai ruang di tingkat bawah untuk menyimpan banyak benda, termasuk keranda.

Gendang dan tabuh yang dipukul untuk memberitahu masuk waktu solat atau memberitahi penduduk kampung tentang sesuatu yang berlaku, disimpan di tepi dinding surau, tidak jauh dari bilik ar.

Satu malam, empat sekawan pulang dari merayau satu kampung berbasikal, tidak mahu pulang ke rumah kerana telah terlalu lewat. Akhirnya buat keputusan tidur menumpang di surau lama itu.

Tidak sampai setengah jam berbaring kesemuanya terlelap. Peliknya, keesokannya seorang daripada mereka dialihkan tempat tidurnya ke bawah surau, betul-betul bersebelahan keranda!

Tiga kawan yang lain pula dialihkan juga tapi tidak jauh dari tempat asal, maknanya masih di atas surau. Cuma kasihan yang dialihkan ke sebelah keranda, terbangun sahaja bermuka pucat lesi.

Mana tidaknya, dia tertanya-tanya siapa yang mengangkatnya turun ke bawah kalau bukan seseorang atau sesuatu yang berkuasa hebat dan kuat!

Oleh kerana tidak terjawab dengan apa yang berlaku, dia demam. Kawan-kawan yang bertiga lagi juga seram sejuk dan mereka langsung tidak berani tidur di surau sesuka hati.

Kisah ini hanya cerita dulu-dulu. Namun kita percaya, perkara serupa, iaitu dialihkan ketika tidur bukan perkara atau kejadian dulu-dulu sahaja tetapi turut berlaku pada hari ini. Tanyalah kawan-kawan, ia cerita yang akan sentiasa menuntut kita tertanya-tanya - tapi sukar menemui jawapannya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10