MADAM! Aku baru sahaja habis belajar bab terakhir ilmu yang kauajar. Buku notaku telah seminggu kaubawa pulang.
Tapi hari ini sewaktu kuterima buku itu, ia hanya tinggal catatanku sahaja. Madam masih belum memeriksa dan menandatanganinya.
Madam memang tidak adil. Memang tidak adil kerana hanya memeriksa dan menandatangani buku-buku catatan kawan-kawanku sahaja.
Atau madam segan mahu menulis kata-kata cinta dalam bukuku itu? Aduhh...jangan malu madam. Tuliskan sahaja kata-kata cintamu pada buku catatanku. Bukankah engkau pernah menawarkan aku menemani sunyimu sebelum ini!
Atau madam mahu aku yang memulainya? Tidak mengapa. Berikan sahaja buku catatanmu dan akan kutulis seribu kata cintaku buatmu.