RIBUT jadinya apabila salah seorang anggota delegasi yang mengiringi Menteri Ekonomi Indonesia, Hatta Rajasa yang dalam rangka lawatan ke Korea Selatan, dilaporkan kecurian data ketenteraan di dalam komputer ribanya di dalam bilik hotel di negara itu.
Korea Times melaporkan, polis tempatan percaya dua lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berwajah Asia dikatakan masuk ke bilik pegawai terbabit ketika anggota rombongan Indonesia sedang sibuk termasuk berkunjung ke loji nuklear negara itu.
Ketiga-tiganya membuka komputer bimbit mangsa dan menyalin data dipercayai ada kaitan dengan hubungan ketenteraan Korea Selatan-Indonesia ke dalam USB, sebelum bergegas meninggalkan bilik berkenaan.
Kejadian dilaporkan berlaku di hotel Lotte, Sogong-Dong.