SEORANG calon pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM), Mastura Abu Bakar, 22, hilang selepas berkempen bersama beberapa rakannya di sebuah taman perumahan yang kebanyakannya didiami oleh siswa universiti itu, di Pantai Dalam, semalam.
Mastura yang mewakili ProMahasiswa dikatakan baru selesai berkempen dan pergi ke kedai sementara meminta kawan-kawannya menunggu di blok kediaman berdekatan.
Mastura, calon promahasiswa dilaporkan hilang selepas berkempen semalam |
Bagaimanapun, Pengerusi Kumpulan Promahasiswa, Mohd Taufik Abdul, berkata Mastura terus hilang selepas itu tanpa dapat dikesan.
Beberapa hari lalu, pentadbiran UM dilaporkan berkata akan mengambil tindakan ke atas beberapa pelajar dari kumpulan ProMahasiswa kerana terbabit dalam rusuhan memecah masuk bangunan PerdanaSiswa selepas berlaku kekecohan berhubung dakwaa beberapa ahlinya dilarang bertanding dalam pilihanraya kampus.
Kehilangan Mastura bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca dan motifnya.