SENEGAL pula dilanda ancaman bakar diri untuk secebis permintaan demi sebuah kehidupan.
Seorang pesara tentera Senegal, Oumar Bocoum, yang membakar dirinya di depan istana presiden Abdoulaye Wade Jumaat lalu, disahkan oleh doktor negara itu meninggal dunia hari ini.
Doktor mengesahkan Oumar terbakar 85 peratus dalam kejadian bunuh diri di depan istana presiden kelmarin kerana mendesak pencen tentera negara itu dinaikkan.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Oumar meletakkan skuternya di jalan masuk istana dan terus berjalan ke pintu, sebelum cuba dihalang oleh beberapa petugas. Namun mereka gagal menghalang Oumar membakar diri. Ketika itu Oumar dilaporkan ada membawa sehelai kertas tertulis "work or die".