KENAPA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minta Ahmad Zahid Hamidi jelaskan perkara kurang patriotisme di parlimen lagi?
Kenapa mesti Muhyiddin mengeluarkan kata-kata begitu? Apakah kita amat bimbang, isu itu menjadi panas dan menjadi perosak kepada perpaduan? Atau isu itu akan menyebabkan bukan Melayu tidak mengundi kerajaan pada pilihanraya akan datang?
Kadang-kala kita perlu bersikap tidak peduli. Kadang-kala kita perlu bersikap menyokong dan membela orang kita! Kadang-kala kita perlu melihat sesuatu dengan jelas dan tanpa rasa ragu! Dan kadang-kala kita mesti tunjukkan keberanian bahawa beranilah berkata kerana benar!