IMPIANNYA berkobar-kobar untuk menjadi Miss Etiquette pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Namun Ding Lin, terpaksa memujuk hatinya yang kecewa apabila gagal disenaraikan gara-gara ketika itu dia hanya baru berusia 16 tahun.
 |
Ding Lin..manis, ayu dan ehem ehem..Miss Etiquette Sukan Asia ke 16 di Guangzhou. |
Namun kini, Ding Lin kembali ceria. Impiannya untuk menjadi Miss Etiquette akhirnya terkabul. Dia antara 380 Miss Etiquette yang akan menyerikan 476 majlis penyampaian hadiah sempena Sukan Asia ke 16 di Guangzhou, China. Paling manis, Ding Lin akan menjadi Miss Etiquette pertama bakal mengiringi orang kenamaan untuk majlis penyampaian pingat emas pertama sukan itu, Sabtu ini.
Kebanyakan Miss Etiquette yang terpilih pada Sukan Asia kali ini adalah pelajar beberapa universiti daripada 90 bandaraya di seluruh China, manakala selebihnya pula ada golongan pramugari, penterjemah dan pekerja kolar putih.
Kesemua yang terpilih mesti menepati syarat asas iaitu berusia di antara 17 dan 25 tahun, berketinggian 168sm hingga 178sm dan mesti juga menjalani latihan wajib selama 40 hari.