SAYA ada membaca sesuatu yang menarik dalam blog Saffrina/Anirffas tentang soalan spot karangan BM. Ehemm...bagus juga entri itu.
Cuma saya ingin menambah satu lagi soalan spot karangan BM dan saya tak akan cerita dari mana dan siapa yang memberi idea mengenainya. Harus diingat, ini bukan soalan klon, tetapi kalau ada persamaan anggaplah ia hanya kebetulan dan tidak ada kaitan dengan sesiapa yang hidup atau pun yang telah mati.
Kepada calon SPM, apalah sudi kiranya berlatih-latih menulis karangan mengenai tajuk KELUARGA BAHAGIA ASAS PEMBINAAN GENERASI BANGSA MALAYSIA. Selain itu rajin-rajinlah juga berlatih karangan bertajuk KEHARMONIAN KELUARGA MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG BERJAYA DALAM KEHIDUPAN seperti disarankan Saffrina.
Bagaimanapun, jangan dilupakan tajuk-tajuk lain kerana hanya Allah Maha Mengetahui. Selamat mencuba.