LIMA pegawai polis lelaki yang berbogel sambil berlari ketika mabuk di lampu isyarat Redland Bay, September tahun lalu, pagi ini menerima berita gembira dibenarkan bertugas semula, selepas setahun digantung tanpa sebarang gaji.
Presiden Kesatuan Polis Quensland, Australia, Ian Leavers, mengesahkan kesemua pegawai polis berkenaan akan kembali ke dalam unit asal mereka iaitu, Unit Tindakan Khas Kecemasan, selepas Timbalan Pesuruhjaya Polis, Andrew Henderson memaklumkan keputusan itu Jumaat lalu.
Dalam kejadian September tahun lalu, kelima-lima pegawai polis tidak berotak itu, dilihat oleh seorang wanita turun dari sebuah van jenis Nissan Vanette lalu berlari-larian di sekitar lampu isyarat itu dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang.
Kejadian itu amat memalukannya dan wanita berkenaan telah membuat aduan rasmi kepada pihak atasan polis menyebabkan kelima-lima pegawai terbabit ditahan.
Mereka kemudian dilucutkan jawatan sementara, manakala Mahkamah Majistret Clevelands pula mendenda $300 setiap orang kerana berkelakuan jijik itu. Sejak itu mereka tidak pasti nasib masing-masing di dalam pasukan polis, sehinggalah kesatuan mengesahkan mereka akan diterima semula.
Bagaimanapun, mereka terpaksa menjalani ujian kecerdasan dan prestasi sebelum dibenarkan memasuki unit elit pasukan polis itu kerana dikhuatiri telah kehilangan kemahiran selepas setahun tidak bertugas dan menjadi dungu hidup di luar sebagai orang awam.