DUA pelajar lelaki tingkatan satu dan dua, terbunuh awal pagi ini apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan tidak jauh dari sekolah mereka di Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.30 pagi.
Tindakan menunggang motosikal menunggal arus, dipercayai penyebab kemalangan mengorbankan Ahmad Asrul Hakimi Abdullah, 14, dan Muhammad Aszawan Hakim Alamin Salim, 13. Kedua-duanya tinggal di Kondo Rakyat Kuala Ibai.
Kedua-duanya yang dikatakan dalam perjalanan ke sekolah, mati di tempat kejadian dipercayai cedera parah di kepala.
Jenazah kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian.