nuffnang ads

Monday, October 4, 2010

ISTERI MUDA LARI IKUT SUAMI BERISTERI DUA

KISAH perempuan yang mudah jatuh cinta biasanya berakhir dengan lara. Di Kuantan, dilaporkan sepasang suami isteri warga emas risau tentang nasib anak perempuannya yang berusia 19 tahun apabila melarikan diri bersama seorang lelaki yang telah beristeri dua.

Kisahnya begini. Warga emas itu, Muda Daud, 66, dan isterinya Lijah Lembik, 58, mendakwa anak perempuannya Intan Fatihah itu dulunya pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki dari Sabah bernama Hairy.

Hairy pula katanya, pernah menyewa bilik di rumah mereka sebelum ini. Seminggu Hairy menyewa bilik, Intan Fatihah mengaku tertarik dengan pemuda itu dan memberitahu keluarganya ingin bertunang.

Menurut Daud, mereka tidak membantah hasrat Intan Fatihah dan telah menetapkan 23 Julai tahun lalu sebagai tarikh pertunangan mereka. Bagaimanapun, sebelum tarikh itu tiba, anak perempuannya itu dan Hairy telah melarikan diri tanpa diketahui apa kejadah puncanya.

Beberapa bulan kemudian, kata Daud lagi anak perempuannya itu ada menghubungi mereka dan memaklumkan berada di Kuala Lumpur dan telahpun berkahwin dengan Hairy. Dia turut mendakwa Hairy telah beristeri dua.

Awal Mei lalu Intan Fatihah pulang ke kampung dan membawa seorang bayi lelaki yang baru sebulan dilahirkan dan dikatakannya mengidap jantung berlubang. Bayi itu kata Daud, didakwa cucu hasil hubungan anaknya dengan Hairy.

Tidak lama kemudian, Intan Fatihah katanya membuat hal lagi. Dia mengulangi perangai lama dan menghilang diri semula bersama bayinya dari rumah mereka di Kampung Darat, Sungai Ular, Kuantan.

Kini pasangan warga emas itu semakin risau dengan kehilangan Intan Fatihah. Kata Daud, mereka tidak tahu nasib anaknya itu terutama kerana bayi yang dibawanya mengidap penyakit jantung berlubang, manakala Hairy pula tidak diketahui apa jadah cerita sebenarnya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10