Seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46, mendakwa anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah asrama di Perak, diabaikan oleh pengurusan sekolah itu ketika dia cedera dibelasah kerana didakwa menceroboh laman facebook milik seorang rakannya.
Menurut Hazizi, anaknya Ajman Asyarf yang cedera di muka dan mata hanya dihantar ke Pusat Kesihatan Lenggong dan dibiarkan di situ sebelum dihantar oleh pengurusan pusat kesihatan berkenaan ke hospital. Tiada wakil sekolah mengiringi anaknya ke hospital berkenaan.
Pelajar cemerlang itu dibelasah selepas dituduh menceroboh laman facebook rakannya. Rakannya percaya perbuatan itu dilakukan Ajman kerana hanya dia yang mempunyai kata laluan laman internet milik rakannya itu. Namun Ajwan menafikan tuduhannnya rakannya, tetapi dia terus dibelasah.
Hazizi yang begegas pulang dari Kuala Lumpur untuk melihat keadaan anaknya membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong.
Kisah laman facebook diceroboh bukan baru. Baru-baru ini kerana mempercayai seorang kawan sekolej seorang pelajar perempuan 18 tahun, trauma apabila koleksi gambar separuh bogelnya disebarkan dalam laman facebook miliknya.
Beberapa keping gambar dalam keadaan seksi dan menggiurkan koleksi gadis yang dikatakan comel itu, kemudian ditatap oleh mata-mata serigala seantero dunia.
Mangsa membuat laporan polis dan bertindak daripada laporan itu, pihak berkuasa menyekat laman facebook berkenaan. Sementara rakannya pula ditahan bagi membantu siasatan.