nuffnang ads

Monday, October 4, 2010

GEDUNG VCD LUCAH KANAK-KANAK DI JALAN SUKHUMRIT

WALAUPUN dagangan seks masih menjadi antara komoditi popular kepada pelancong asing di Thailand, namun mempamer dan menjual VCD membabitkan aksi lucah dan seksi kanak-kanak tetap diharamkan di negara itu.

Namun tinjauan Bangkok Post di Jalan Sukhumrit hari ini, mendedahkan sesuatu yang memualkan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuka gedung jualan vcd membabitkan aksi lucah kanak-kanak yang dijual pada harga 80 baht sekeping.

Jalan itu antara jalan tersibuk turut menjadi laluan utama duta negara asing, ahli perniagaan negara luar dan tidak pernah sunyi daripada pelancong.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, vcd kanak-kanak itu bukan sahaja membabitkan warganegara Thailand, tetapi turut memuatkan vcd aksi kanak-kanak dari negara luar seperti Myanmar, Filipina, Eropah dan China.

Mengikut undang-undang di Thailand, vcd lucah kanak-kanak boleh dirampas oleh pihak berkuasa dan pemiliknya, terutama yang menjadikan pengedaran vcd itu sebagai perniagaan boleh dihadapkan ke muka pengadilan.

Pilih sahaja, semua ada. VCD lucah kanak-kanak dijual secara terbuka di Jalan Sukhumrit, Thailand.
Namun seperti dilaporkan Bangkok Post, promosi terbuka penjualan vcd kanak-kanak di Jalan Sukhumrit itu menimbulkan pelbagai pertanyaan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10