nuffnang ads

Tuesday, October 5, 2010

GADIS SUNTI 14 TAHUN DIROGOL, KEMUDIAN DIIKAT KE POKOK

KELMARIN seperti biasa Melati (bukan nama sebenar), 14, berjalan pulang ke rumah dari sekolahnya melalui jalan yang sunyi berhampiran kebun getah.

Tiba-tiba dia terserempak jirannya seorang lelaki bernama Sai, 35, dan tanpa sebarang wasangka Melati bersetuju berjalan ditemani Sai menyusur jalan sunyi itu.

Tiba-tiba tanpa disangka Melati, Sai menarik tangannya masuk ke kawasan kebun getah itu dan tanpa sebarang belas melucutkan pakaian sekolah dipakainya secara paksa. Selepas membaringkan Melati, Sai memperkosa gadi sunti itu walaupun beberapa kali Melati merayu tidak diperlakukan begitu.

Sesudah melampias untuk kali pertama, Sai mengulangi lagi perbuatan itu menyebabkan Melati hilang upaya dan selepas itulah Sai membangunkan Melati dan dengan kejam mengikat tubuh Melati ke sebatang pokok berdekatan.

Sai yang kepuasan kemudian meninggalkan Melati sebelum seorang penduduk terdengar suara mangsa menjerit dan membantunya pulang ke rumah. Ekoran kejadian itu, penduduk yang berang mencari Sai di rumahnya untuk dibelasah tetapi tidak berjumpa.

Sai kini dikatakan melarikan diri ke hutan selepas menyedari beberapa anggota polis melancarkan gerakan memburu untuk menangkapnya, selepas laporan polis dibuat oleh keluarga Melati. Semua kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Desa Tanjung Agung, Sumatera Selatan, kelmarin.
Di kawasan inilah Melati diperkosa oleh Sai, jirannya sebelum dia diikat ke pokok. Penduduk kampung kemudian menyelamatkan Melati. Sai, dikatakan telah melarikan diri ke hutan apabila diburu polis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10