ANDA mungkin kenal Jesyntha Clarence Isreal, wanita berusia 27 tahun, bernombor kad pengenalan 830630-10-6030. Anda mungkin sahabat wanita itu atau anda mungkin saudara maranya. Wanita yang pernah tinggal di Lot 55 Batu 1/2, Jalan Jugra, Banting itu amat-amat dikehendaki polis kerana dapat membantu kes pembunuhan Datuk Sosialwati.
Dikatakan dia isteri salah seorang lelaki yang ditahan dalam kes berkenaan, tetapi telah menghilangkan diri sebaik sahaja suaminya ditahan.
Episod baru selepas lebih sebulan siasatan pembunuhan Sosilawati ini pasti akan lebih terbuka jika anda berjaya mengesan di mana wanita itu berada. Jika anda bimbang atau malu untuk menyalurkan maklumat, anda boleh hubungi talian 010-4203791 dan maklumat anda tentu akan diberi perhatian.
Ketika semua pihak mahu melihat keadilan ditegakkan dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, kita mempunyai hak untuk bersama membantu. Sedikit sumbangan mengenai maklumat yang kita ada boleh membantu menyelesaikan kes ini dengan cepat dan tepat.
Ayuh...sama-sama cari di mana wanita dikehendaki itu kini berada. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH