Pengacara terkenal AC MIZAL, 39, terlepas daripada hukuman penjara 25 hari tetapi terpaksa membayar RM9,800 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, hari ini sebagai bayaran tertunggak nafkah anak yang dituntut oleh bekas isterinya.
Dia juga dikenakan hukuman denda RM1,500 oleh mahkamah yang sama kerana gagal menyerahkan penyata kewangan syarikatnya kepada bekas isteri, Shafnie Zainudin, 35.
AC Mizal berkahwin dengan Shafnie pada 24 Jun 1995 dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian itu, Muhammad Shafik Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10.
Kedua-duanya telah bercerai pada 17 Oktober 2001.