PAKAR Bedah Am, Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk mengenalpasti kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong".
"Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkannya sebagai kosong" kata pegawai perubatan yang pernah bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika dia disoalbalas oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.
Dr Razali juga memberitahu pemeriksaan dubur dilakukan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dilakukannya ke atas Saiful.
Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku bukan mudah sebenarnya untuk melakukan pemeriksaan 'proctoscopy' ke atas Saiful meskipun menggunakan bahan pelincir.