nuffnang ads

Wednesday, September 22, 2010

SUSULAN TIGA REMAJA HILANG. POLIS SIASAT KES ROGOL KE ATAS MEREKA

Kehilangan tiga remaja perempuan ini sejak 11 september lalu, bersamaan tarikh runtuhnya World Trade Centre di Amerika, telah menyebabkan keluarga masing-masing kerisauan. Kini dua teman lelaki mereka yang ditemui berkurung bersama di dalam sebuah flat di Paya Terubung, Pulau Pinang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
MISTERI kehilangan tiga remaja termasuk dua kembar, dari rumah mereka di Perak yang terungkai selepas mereka ditemui di sebuah Flat Paya Terubung di Pulau Pinang, semalam kini memasuki babak baru, apabila polis dikatakan sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

Ini kerana kedua-dua lelaki yang dikatakan teman lelaki remaja terbabit dipercayai telah melakukan kesalahan itu sepanjang tempoh mereka berkurung dengan remaja perempuan berkenaan. Ketiga-tiga remaja perempuan berusia 14 tahun itu melarikan diri sejak 11 September lalu dari rumah mereka di Perak.

Difahamkan, pengakuan awal menunjukkan mereka pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki masing-masing sebelum kes kehilangan mereka dilaporkan.

Ketika polis menyerbu flat dipercayai kediaman salah seorang rakan dua remaja lelaki itu, remaja perempuan berkenaan dikatakan sedang lena tidur di atas sofa.
 
Ketua Balai Polis Air Hitam, Chif Inspektor Mohd Fadzli Mohd Napiah, dipetik the Star berkata ketiga-tiga remaja perempuan terbabit kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan.

Sementara itu, difahamkan seorang dariapda remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan turut disiasat kerana disyaki terbabit dalam gejala penyalahgunaan dadah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10