LIMA budak hitam dari Nigeria dan Cameroon, terpaksa disumbat ke lokap apabila mereka mencetuskan huru hara di sebuah restoran di Bandar Baru Ampang, gara-gara berebut dua perempuan hitam dari Afrika yang turut bersama mereka dalam satu kejadian jam 3 pagi semalam.
Sikap degil mereka enggan bersurai dan menghentikan pergaduhan sesama sendiri menggunakan kayu dan kerusi di restoran itu menyebabkan polis tiada pilihan sehingga terpaksa melepaskan satu das tembakan sebagai usaha melerai.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.