nuffnang ads

Friday, September 3, 2010

SI KATY LIM LI LIAN TELAH CABUT LARI

KALAU berbuat salah, bersiaplah untuk menerima akibatnya. Pemain sentimen agama dalam laman facebook yang menghina Allah dan Islam, si Katy Lim Li Lian, dikhabarkan tidak cukup tanah berlari untuk menyembunyikan diri.

Inilah yang jelas hukuman di dunia kerana menghina Allah. Hidup tidak akan tenang, dan hati resah merusuh membuatkan jiwanya tidak akan tenteram.

Difahamkan pihak berkuasa memang memantau penuh teliti perlakuan keji itu. Malah semakin ramai manusia yang Islam dan bukan Islam turut meringankan tulang, membantu mencari maklumat bukan sahaja untuk mengesan Katy Lim Li Lian, tetapi juga si pemain sentimen kaum dalam laman facebook Melayu Babi.

Semoga selepas ini kita jadilah pemain siber yang amat rasional. Ada perasaan untuk menghormati hak dan maruah orang lain. Bukankah senang untuk hidup dalam masyarakat majmuk ini kalau kita berkata tidak kepada setiap perbuatan yang boleh melukai hati semua bangsa dan penganut agama.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10