nuffnang ads

Wednesday, September 22, 2010

RUMAH PEGAWAI BANK CIMB, NOORHISHAM MOHAMAD, DISIMBAH CAT MERAH!

KETIKA seluruh ahli keluarga Noorhisham Mohamad, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, masih berduka, satu lagi kejadian yang menambahkan pilu keluarga mangsa pembunuhan di ladang Gadong, Tanjung Sepat itu, berlaku lagi.

Kali ini kediaman tiga tngkatnya di Ampang disimbah cat berwarna merah oleh pihak tidak bertanggungjawab semalam.

Ketika kejadian, isteri Noorhisham dan anak-anaknya pulang bercuti di Johor Bahru dan tiada sesiapa di rumah berkenaan. Kejadian itu telah disedari oleh jiran terdekat yang kemudian bertindak menghubungi salah seorang anggota keluarga Noorhisham.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dipetik berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat oleh salah seorang anggota keluarga mangsa kira-kira jam 9 malam semalam selepas dimaklumkan jiran yang prihatin.

Setakat ini Abdul Jalil berkata, kejadian itu mungkin berpunca daripada tersilap sasaran dan tidak mempunyai kaitan dengan dendam.

Noorhisham, pegawai bank CIMB dikatakan mati dibunuh bersama Datuk Sosilawatai dna dua yang lain dalam satu kejadian disyaki dilakukan oleh sekumpulan penjenayah didalangi dua beradik yang bekerja sebagai peguam.

Kedua-dua suspek pembunuhan itu kini dalam tahanan polis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10