nuffnang ads

Tuesday, September 21, 2010

PLAT NOMBOR MCA 1 HINGGA MCA9999 DIMINTA TIDAK DIBERI KEPADA ORANG LAIN!!!???

PATUTLAH marah sangat kawan saya sehingga berkata: "Apa JPJ itu mak bapak dia orang punya ke? Sampai sesuka hati nak rampas hak rakyat?"

Dan hari ini kebenarannya terbukti. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menunjukkan kepada wartawan surat yang ditulis oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang meminta nombor pendaftaran kenderaan di Melaka bermula MCA1 hingga MCA9999 dikecualikan daripada ditender kepada orang ramai!

Semalam pula, Ong Tee Keat dilaporkan menafikan semua itu?!!!

Kong bagaimanapun hari ini memberi jaminan akan membatalkan surat arahan itu yang ditujukan kepada Ketua Pengarah JPJ Datuk Mat Solah Hassan.

Sekarang kita buka pandangan. Apakah ini satu di antara banyak tanda bahawa memang pernah berlaku banyak penyalahgunaan kuasa di kalangan menteri. Yang sedia menunjukkan bukti, terima kasih. Yang menyorokkan bukti, esok lusa macam bangkai. Jika disorok lagi lama, lagi kuat terhidu baunya!

Pantang bagi rakyat adalah apabila hak mereka mahu dirampas. Sampaikan hak untuk menempah plat kenderaan MCA1 hingga MCA9999 juga mahu disapu! Apa besar sangat MCA berbanding rakyat sehingga mereka boleh diberi keistimewaan sebegitu? Itu belum dikira hal lain-lain dan hal-hal lain lagi.

Rahsia yang terbongkar ini memang menyedihkan betul. Betul-betul menyedihkan. Pantang dapat sikit kuasa, habis semua mahu menyapu keistimewaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10