nuffnang ads

Friday, September 3, 2010

PELATIH JURURAWAT DITAMPAR, DITENDANG

SELOROH seorang kawan. Katanya kini, untuk memohon kenaikan pangkat sebagai penyelia jururawat bukan sahaja perlu ada pengalaman, kelayakan akademik dan kewibawaan. Tetapi mereka juga perlu memilliki sepasang tangan dan kaki yang amat ringan!

Alasannya? Senang digunakan untuk menampar dan menendang mana-mana pelatih jururawat yang menjalani latihan amali di bawah kendalian, supaya pelatih jururawat itu menjadi lebih cekap dan berpengalaman.
 
Mana tahu? Itu yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila seorang pelatih jururawat pening dan hampir pengsan, didakwanya angkara ditendang dan ditampar oleh penyelia jururawat kerana bekerja sambil memberi alasan!

Puncanya? Jururawat dari sebuah kolej kejururawatan swasta itu pada mulanya diarah oleh penyelianya untuk mengangkat seorang pesakit, tetapi dia memberi alasan badannya terlalu letih dan tidak berdaya.

Selepas itu? Apa lagi, jururawat pelatih itu mendakwa dirinya terus dimarahi dan sempena Ramadan yang mulia ini dia disedekahkan penampar dan tendangan oleh penyelia berkenaan, sehingga pelatih jururawat itu pening dan hampir pengsan.

Biar betul? Jururawat pelatih itu terasa begitu malu diperlakukan kasar secara fizikal, sementelah pula kejadian itu berlaku di depan pesakit dan kakitangan hospital.

Akhirnya? Dia yang berasa sakit dan terhina membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kelmarin.

Siapa cerita? Si Jamilul Anbia, wartawan jenayah Harian Metro yang popular itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10