nuffnang ads

Friday, September 3, 2010

230 RAKYAT INDONESIA SERTAI SUKARELAWAN PERANG MELAWAN MALAYSIA

KEMPEN ANTI MALAYSIA di Indonesia memasuki fasa melampau apabila sebuah kumpulan militan membuka pos pendaftaran bagi rakyat negara itu menjadi sukarelawan tentera, bertujuan berperang di sempadan negara ini.

Sejak dibuka jam 3 petang Selasa, pos pendaftaran itu telah menerima 230 sukarelawan darpada pelbagai lapisan penduduk, termasuk seorang lelaki tua berusia 81 tahun. Sukarelawan ini akan dikerahkan ke sempadan Malaysia sebaik sahaja konfrontasi berlaku.

Pondok pos pendaftaran sukarelawan itu dibuka di depan sebuah monumen di Jakarta Tengah dan dijangka akan menjadi satu lagi provokasi yang pastinya berterusan membangkitkan sentimen anti Malaysia di kalangan rakyat di sana.

Jelas tindakan bodoh kumpulan berkenaan bertentangan dengan hasrat Presiden Bambang Susilo Yudiyhono yang mahukan semua masalah berbangkit di antara dua negara diselesaikan secara diplomasi.

Ketua Kumpulan pelampau itu, Sonny P Sasumo, memberitahu media Indonesia kesemua sukarelawan yang berdaftar akan menjalani latihan ketenteraan pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan, demi menyediakan mereka dengan keupayaan bertempur.

Nampaknya, segelintir rakyat negara itu masih belum jelas pendirian kerajaan mereka dan sudah tentu, di sebalik semua ini ada dalang yang dipercayai membiayai kumpulan berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10