nuffnang ads

Wednesday, September 22, 2010

BADI BERITA DATANG DAH!

SEMALAM saya catatkan tentang 'badi berita' yang tak pernah didokumentasikan dalam mana-mana jurnal kewartawanan.

Hari ini badi cerita datang dah. Ia berkaitan atau kesinambungan mengenai kes tertembak. Kelmarin, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fazdillah Mohamed, tertembak rakannya, Abdul Ghani Midon ketika berburu di hutan Pahang.

Semalam pula, lima tercedera apabila senapang milik seorang pengawal keselamatan di Cheras Leisure Mall, meletup. Seorang daripada yang cedera adalah pelancong warga asing, manakala tiga yang lain adalah pekerja sebuah kedai kek di dalam kompleks beli-belah itu.

Dan hari ini badi berita untuk mengisi kesinambungan berita seiras dilaporkan lagi. Kali ini seorang anggota Rela, Omar Mohd Noor, 39, terbunuh apabila senapang yang digunakan untuk menembak burung terjatuh lalu tembakannya menembusi perut.

Mangsa, seorang pemandu di Universiti Teknologi Mara Machang (UiTM), disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Machang.

Dan satu lagi badi berita ialah, kesinambungan berita pembunuhan oleh peguam di Banting apabila dua lagi mangsa dipercayai Melayu disyaki dibunuh oleh kumpulan didalangi peguam jahanam itu.

 Dan esok kita akan baca lagi badi berita, mungkin tentang pembantu rumah didera!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10