nuffnang ads

Wednesday, September 22, 2010

PEMANDU TEKSI BUNUH SYAFIAH HUMAIRAH, DIHUKUM GANTUNG

MASIHKAH kita ingat kekejaman seorang pemandu teksi, memijak dan menendang seorang kanak-kanak tiga tahun pada Februari lalu di Batang Kali, Selangor, sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak berdosa itu menemui ajalnya?

Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam, menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas lelaki @serigala bermata merah itu, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, selepas dia didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira, anak teman wanitanya, di tepi padang bola di Jalan Utama Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama.

Hakim, Datuk Mokhtarudin Baki, membuat keputusan itu selepas pihak pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tragedi menimpa Syafiah Humaira mendapat liputan meluas media dan masyarakat amat marah apabila mendengar berita tentang pembunuhan kejam membabitkan seorang kanak-kanak ketika itu.

Perbicaraan kes ini berlangsung sejak 7 Jun lalu di mana pihak pendakwaan mengemukakan 33 skasi, manakala pihak pembelaan mengemukakan tiga saksi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10