Terima kasih Kamal dan Din. Saya harap pertanyaan anda tidak berbaur desakan. Untuk lebih jelas, saya kini tidak duduk di kiri. Tidak di kanan. Tidak juga di atas pagar. Saya kini sedang berdiri di atas bukit memerhatikan lanskap politik kita. Biar nampak jelas, walaupun kini penglihatan saya semakin cerah selepas sekian lama kelabu oleh tingkah-laku puak-puak yang memualkan saya.
Untuk pengetahuan anda, saya dan rakan-rakan akan membuat pengumuman tentang ke arah mana perjalanan kami. Tunggu 60 hari. Kami akan umumkan di sebelah mana kami akan berdiri.
DEBUS-DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Dah lama sokong tapi melopong, dah lama sorong tapi tak untung.