Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, terus diasak apabila satu laporan polis dibuat terhadap mereka oleh Perkasa di Balai Polis Damansara Utama, semalam.
Laporan itu dibuat ekoran komen sensitif oleh kedua-dua ahli politik berkenaan yang didakwa oleh Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah Arman sebagai bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
Dr Chen, kata Arman juga mesti disiasat berhubung dakwaan mengkritik ekuiti 30 peratus pemilikan korporat Bumiputera yang dikekalkan menerusi Model Ekonomi Baru (MEB)
Dalam laporan yang sama, sebuah akhbar berbahasa Inggeris dan portal berita internet turut dikaitkan berhubung isu pekerja asing yang didakwa tidak dibayar gaji dalam pembinaan bangunan Istana Negara yang baru.
DEBUS-DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Nampaknya perang mulut dan perang saraf telah bermula. Eloklah kalau tindakan itu baik untuk mencari kebenaran kepada semua pihak.