nuffnang ads

Monday, July 12, 2010

SEPANYOL HEBAT: TEKAAN PAUL SI SOTONG DAN ANAK KUCING BATU MENGENA

SEPANYOL menang. Betul juga kata tok siak. Negara yang dijangka menang piala dunia kata tok siak itu ialah negara yang hujungnya ada huruf 'L'. Brazil dah kalah, Portugal dah kalah. Pagi ini, nasib nyata menyebelahi Sepanyol. Menang walaupun terpaksa mencari gol pada waktu tambahan, tetap memberi kegembiraan kepada jutaan peminat negara itu di seluruh dunia. Sorakan berkumandang menjulang seisi ruang dunia menyambut kemenangan Sepanyol.

Ramalan anak kucing batu konon Sepanyol menang juga menjadi kenyataan, cuma telahannya konon dengan jaringan  3-1 agak tersasar. Begitu juga Paul si Sotong yang meramalkan Belanda akan tumpas di tangan Sepanyol. Cuma Nuri Tongok tak boleh diharapkan kerana memberi ramalan yang nyata meleset.

Kemenangan pagi tadi mencatatkan sejarah dalam piala Dunia kerana Sepanyol hanya kali ini bepeluang memasuki perlawanan akhir dan percubaan kali pertamanya telah membuahkan hasil. Sementara Belanda pula terus dirundung duka kerana gagal dalam percubaan kali ketiga di perlawanan akhir.


DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Kau hebat, kau menang!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10