nuffnang ads

Monday, July 12, 2010

LAUTAN MASIH NAMPAK GELOMBANGNYA.

Dua naib presiden Umno dilaporkan menyuarakan keresahan dan gundah gulana berhubung suasana kurang menyakinkan yang masih berlaku di dalam perancangan untuk membangkitkan semula kekuatan di dalam Umno dan Barisan Nasional.

Hishamudin Hussein, membangkitkan persoalan tentang kebanyakan generasi muda yang menurutnya memahami dan menyokong aspirasi Perdana Menteri tetapi sebaliknya golongan itu masih enggan atau tidak berminat menyertai parti politik.

Persoalan yang berligardalam fikiran beliau ialah, apakah yang Umno atau Barisan boleh lakukan terhadap golongan itu yang pada dasarnya menyokong kepemimpinan kerajaan tetapi tidak mahu bersama Umno ataupun mana-mana parti politik di dalam Barisan Nasional.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan pindaan terhadap perlembagaan Barisan Nasional mungkin terpaksa dilakukan bagi mewujudkan satu platform bagi memudahkan golongan berkenaan menyalurkan suara dan pandangan mereka.

Seorang lagi naib presiden, Ahmad Zaid Hamidi pula menggesa parti komponen Barisan Nasional bekerja keras memenangi keyakinan pengundi dan sekaligus mengelakkan daripada bertelagah tentang pengagihan kerusi menjelang pilihanraya.

Sinis beliau menyebut bahawa golongan tertentu yang tidak bekerja keras itu selalu bertelagah untuk mendpatkan kerusi dalam kerajaan sebaliknya tidak pula bekerja keras seperti yang ditunjukkan oleh Umno.

DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Tok Hisham dan Tok Zaid ulang tentang kerisauan dan kelemahan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10