Enam puluh tiga minit lagi, bermula tulisan ini dicatat maka terpaterilah sejarah dalam Piala Dunia apabila dua negara yang tidak pernah menjulang piala itu akan bertarung sesama sendiri dalam perlawanan akhir yang dijangka turut ditonton jutaan peminat bola di seluruh negara.
Ranking pertama dunia yang juga juara Piala Eropah 2008, Sepanyol pastinya tidak mahu melepaskan peluang mencatat sejarah tersendiri buat kali pertama mara ke perlawanan akhir, menentang Belanda yang mencuba merangkul piala itu dalam tiga siri percubaan selepas gagal dua cubaan di perlawanan akhir sebelum ini.
Debaran kian memuncak terutama selepas Paul si Sotong dan Nuri Tongok meramalkan kedua-dua pasukan akan bergelar juara. Namun peminat seluruh dunia sebenarnya tidak pernah berpegang pada ramalan haiwan termasuk ramalan terbaru oleh anak seekor kucing batu selepas diselamatkan dari teggelam dalam parit di sebuah hutan simpan di Port Dickson, Negeri Sembilan yang siang tadi meramalkan Sepanyol bakal menang dengan jaringan 3-1.
Belanda atau Sepanyol? Tidak mungkin seri. Kalah atau menang. Menilai prestasi Sepanyol secara keseluruhan, terutama selepas mengalami kekalahan pertama di peringkat awal pusingan, tidak dinafikan pasukan di bawah kendalian jurulatih Vicente del Bosque itu mulai menemui rentak yang semakin menyakinkan.
Penjaring terbanyak David Villa dan penjaga gawang yang juga kapten pasukan Iker Casillas bakal dibantu penyerang Torres, pmain tengah Alonso serta pemain pertahanan Puyol bagi menaikkan semangat berpasukan dalam misi bak seekor singalaut membelah ombak menyeberang laut Belanda untuk menangkap sotong dan ikan todak.
Pastinya debus-debus pertempuran akan kedengaran di sebalik gamat desingan tiupan "hapala hapala".