nuffnang ads

Thursday, July 8, 2010

RTM BERUBAHLAH!

ADA orang cakap. Kalau BN tak menang besar dalam pilihanraya akan datang, mereka harus menyalahkan salah satu agensinya kerana gagal berfungsi dengan baik. Maksud cakap-cakap itu merujuk kepada agensi barisan depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Baik tvnya mahupun radionya dikatakan masih macam dulu-dulu, tidak seiring dengan perkembangan semasa mentaliti masyarakat hari ini. Tiada perubahan, tiada inovasi dan tiada transformasi.

RTM dikatakan gagal menarik minat orang untuk menonton. Sepatutnya untuk memastikan keberkesanan penyampaian sesuatu maklumat agar ia diterima dan dapat disebar luas dengan cepat, tindakan pertama RTM ialah menarik khalayak. Bagaimana menarik khalayak? Penonton tidak mengharapkan RTM mengumpan mereka dengan iklan muluk, seksi atau penampilan fizikal penyampai dalam bentuk mengasyikkan atau mengghairahkan. Penonton @ rakyat hari ini, pada tahun 2010 ini, hanya mahu adalah sikit kekerasan dalam kelembutan. Adalah sikit tidak dalam ya. Adalah sikit bantah dalam sokong. Adalah sikit geleng dalam angguk. Saya ditunjukkan contoh mual. Ia berkaitan berita. Cuba perhatikan berita RTM. Berat mulut dan berat skrip betul kalau mahu kelihatan untuk menyalahkan kerajaan. Dalam contoh sampah berlonggok pun RTM menghalakan skrip beritanya lebih kepada kesalahan orang ramai. Konon orang ramai bersalah tidak menjaga kebersihan, tidak ada sivik dan tidak ada kesedaran memelihara alam sekitar. Sukar pula rasanya kalau melihat berita itu mencubit sikit wakil rakyat, menteri dan agensi kerajaan. Penonton yang rasional bukan mahu 100 peratus RTM mencubit dan menghenyak pemerintah dan agensi atau ejen-ejennya. Sikit, lebih kurang 20 peratus pun cukuplah. Barulah penonton nampak ada sikit tahap profesionalisme dunia kewartawanan di dalam RTM. Profesionalisme kewartawanan bukan hanya sebelah kiri atau sebelah kanan atau di tengah-tengah, tetapi ia sepatutnya KEIHATAN rasional dan kalau ada perasaan memihak, ia tidak tertonjol atau dilihat dalam keadaan yang amat SANGAT.

Rakyat tak marah dan rakyat faham fungsi RTM sebagai badan kerajaan. Tapi janganlah atas sebab kerana ia di bawah tadbir kerajaan memerintah, langsung tidak berani kelihatan ranggi atau nakal sikit. Nakal dalam makna dilihat rakyat sebagai hero. Kalau RTM berani berubah sedikit (bukan sepenuhnya) keyakinan dan minat rakyat akan bertambah. Rakyat mahu sesuatu yang boleh menjadi payung tempat berlindung. Bukan sebuah badan yang malu menjadi payung tapi lebih gemar menjadi rotan, merembat ikut acuan kerajaan. Tak semestinya kerajaan sentiasa betul dan kadang-kala kalau tindakan RTM yang 'tidak betul' boleh diterima rakyat, ini akan menjadi saluran amat baik kepada rakyat kembali kepada kerajaan.

Ada juga membandingkan RTM dengan rangkaian tv swasta seperti tv3. RTM yang lahir lebih awal macam tak terlawan populariti tv swasta. Perbandingan ini bukan khusus kepada penyampainya yang cantik molek atau kepada berita-berita yang disampaikan, tetapi dibanding secara keseluruhan. Sehingga ada cakap-cakap yang geleng kepala konon tak faham apa lagi yang tak kena dengan RTM kalau bercerita soal mutu.

Tidaklah pula dikatakan cakap-cakap yang TV swasta menyiarkan cerita bohong untuk menarik penonton. Tidak juga dikatakan tv swasta menggunakan rasuah untuk melindungi imejnya pada kaca mata penonton. Atau mempamerkan segmen-segmen lucah untuk membangkitkan panas emosi. Cuma hairan, apabila buka saluran RTM rasa minat orang macam tidak ada.

Nasib bailah ada piala Dunia. Nampaklah sikit getar auranya, tapi itu pun cubalah tanya banyak orang kalau tv swasta yang dapat hak penyiarannya tentu rakyat bertambah seronok dan meriah.

Cakap-cakap itu juga mencadangkan, kalau tidak betul pandangan itu, cuba diadakan undi kepada setiap rakyat Malaysia yang berusia lebih 21 tahun. Buat satu soalan sahaja. Tak perlu banyak soalan. Soalan itu berbunyi adakah anda suka atau tidak dengan RTM? Cukup. Kemudian bagi satu badan bebas kira. Fuhhh..dijangkakan yang tidak suka lebih banyak daripada yang suka.

Untuk menawan hati rakyat, bukan sekadar angguk dan patuh pada apa yang kerajaan cakap. Kemudian cari bahan dan sajikan. Kita kena tahu juga bahawa bahan-bahan yang disajikan mengikut resepi yang rigid dan yang tidak boleh ditukar acuannya, semakin lama semakin tidak digemari. Lihatlah pada segmen berita. Kalau diletakkan dua tv, satu tv swasta dan satu lagi RTM. Sudah pasti ramai yang menonton berita tv swasta. Adalah sikit inovasi.

Pentadbir RTM tak perlulah meminta kajian atau pandangan secara akademik bagi mengesahkan cakap-cakap orang tentang RTM yang tak seberapa diminati orang. Paling penting sedia menerima kritikan dan dalam diam buat kerja tunjukkan ada inovasi atau transformasi. Tak perlulah kajian bersifat akademik dalam hal-hal yang orang bukan akademik pun boleh menilai tahap mutu dan profesionalismenya.


DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Kalau saya ada RM100,000 saya tak beli televisyen, saya simpan dalam bank.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10