nuffnang ads

Thursday, July 8, 2010

SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

Kepada,
Datuk Seri Hishamudin Hussein.

Dapat surat tunjuk sebab dari KDN adalah perkara biasa kepada mana-mana media, sama ada media arus perdana, media di bawah kendalian kerajaan mahupun media yang tak dapat duduk sebaris atau tidak boleh tinggal sebumbung dengan parti memerintah.

Terbaru, difahamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberikan surat tunjuk sebab kepada pengurusan akhbar Harakah. Hal melibatkan kesalahan atau pelanggaran peraturan membabitkan urusan penerbitan memang termasuk dalam bidang kuasa KDN, tetapi saya amat-amat berharap tiada tindakan kalah-menang berlaku dalam hal ini.

Tanpa menafikan hak KDN untuk mengambil tindakan, saya juga masih berharap pihak yang dikenakan tindakan mesti diberi ruang mencukupi bagi mempertahankan hak mereka.

Saya memang tidak mahu mempersoalkan apa-apa kecuali berharap pengeluaran surat tunjuk sebab itu bersih, tulus dan ikhlas serta mematuhi garis panduan yang dibenarkan tanpa dipengaruhi sentimen, desakan atau arahan pihak berkepentingan. Saya amat bimbang dengan persepsi pihak tertentu kalau-kalau surat tunjuk sebab akan tiba-tiba dicop sebagai komoditi politik yang amat berharga. Bimbang ia dikatakan akan dijadikan cagaran dan paling buruk sebagai tebusan bagi memenuhi niat, agenda atau kepuasan sesuatu pihak, apatah lagi desas-desus pilihanraya semakin kuat bunyinya.

Saya juga berharap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan tidak akan menyulitkan keadaan atau menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak.

Maka dengan lapang hati saya berharap KDN boleh bersedia untuk menarik semula surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Harakah dan pada masa yang sama meluluskan permit penerbitan akhbar berkenaan. Saya amat bimbang kehilangan satu lagi bahan bacaan di negara ini dan sekaligus mengecilkan lagi pintu penyaluran maklumat secara terus kepada khalayak.

Yang benar

HAMID BIN KARIM

    MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

    MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

    MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10