nuffnang ads

Tuesday, July 6, 2010

POLIS BRITAIN TOLAK PERMINTAAN KITA

Ramai bersuara mahu RPK ditahan segera. Maknanya dibawa ke negara ini untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Sehingga ada yang seolah-olah tidak sabar lalu mendesak polis bertindak atas alasan pihak berkuasa itu terlalu perlahan menjalankan tugasnya.

Alahai. Macam tak sabar-sabar. IGP Musa Hassan pun sudah memberi penjelasan. Permintaan dan bantuan telah dipohon kepada polis Britain, tetapi ditolak awal tahun ini. Kalau ditolak, mustahil kita desak juga polis kita menceroboh masuk ke negara orang.

Saya rasa, orang berkenaan eloklah tumpukan kerja kepada membaiki mana labu-labu yang rosak dikerjakan tikus. Tolong rakyat miskin ke, atau tolong orang Melayu yang selama ini sangat berharap untuk maju seperti bangsa lain tapi semakin dipinggirkan. Alahai.

DEBUS-DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Alahai. Di Negeri Sembilan banyak pula bunyi au-au. Contohnya, Rembau, Bahau, Siliau, Chengkau dan Rantau. Apa bezanya aku dan engkau?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10