nuffnang ads

Tuesday, July 6, 2010

10 PASANGAN DITANGKAP BOGEL SETIAP HARI DI PANTAI TERENGGANU

Sebanyak 10 pasangan ditahan setiap hari oleh sukarelawan anti-maksiat di sepanjang pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang yang dikatakan antara lokasi semakin menjadi tumpuan di kalangan mereka yang memburu keseronokan melakukan perbuatan keji.

Demikian antara maksud laporan akhbar The Star semalam dengan memetik pengakuan seorang sukarelawan anti-maksiat yang mendakwa kebanyakan yang ditahan itu adalah pelajar institusi pengajian tinggi.

Sukarelawan yang enggan namanya disiarkan itu juga mendakwa, kebanyakan pasangan ditahan ketika sedang bersetubuh di belakang pokok kelapa, batu, di dalam kenderaan dan juga di kawasan terbuka di pantai berkenaan.


Menurutnya, ketika menjalankan tugas, pegawai anti-maksiat akan pergi ke tempat yang telah dikenalpasti sebagai tumpuan utama pelaku maksiat itu untuk menangkap mereka ketika dalam keadaan sedang melakukan 'projek'.

"Kami dengar suara-suara sedang bernafas laju dan suara orang sedang bercium"

"Kami kemudian bergerak ke arah sasaran dan menyalakan lampu picit ke arah pasangan berkenaan. Dalam banyak kejadian, mereka ditangkap berbogel"

Sukarelawan itu berkata, peraturan adalah menghendaki mereka menunggu seketika sebelum menghampiri pasangan berkenaan supaya memperolehi bukti bagi tujuan pendakwaan.

"Saya juga mempunyai anak perempuan dan saya berasa sedih dan memohon maaf kepada ibu bapa pasangan yang ditahan," katanya sambil menambah remaja terbabit telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka yang berharap mereka cemerlang dalam pelajaran.

Sukarelawan itu juga mendakwa telah menahan kira-kira 1,200 pasangan di pantai berkenaan sejak mendaftar sebagai sukarelawan pada tahun 2004.

"Saya tak sanggup lagi dan terfikir untuk berhenti melakukan tanggungjawab ini. Saya telah buat keputusan cukuplah selama enam tahun bertugas sebagai suarelawan," katanya.

The Star juga memetik exco kerajaan negeri, Rozi Mamat yang mengakui menerima banyak laporan berkaitan pasangan ditahan dalam keadaan mengaibkan.

Beliau bercadang mengusulkan kepada kerajaan negeri supaya kedua-dua pantai yang menjadi tumpuan pelaku seks itu dipantau dan dikawal secara ketat bagi mengelak perbuatan maksiat.

(Sumber: The Star 5 July 2010)

DEBUS-DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Macam tak percaya tetapi inilah realiti. Tentu pelakunya majoriti anak bangsa bergelar Melayu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10