nuffnang ads

Sunday, July 11, 2010

SEMUA 9At KE ATAS DAPAT BIASISWA: PUAS HATI?

Desakan akhirnya dipenuhi. Tuntutan akhirnya diturutkan. Bising-bising akhirnya senyap. Kutukan dan ugutan bertukar pujian. Akhirnya lebih 200 pelajar yang mendapat 9 At ke atas mendapat durian runtuh. Secara automatik mereka menerima biasiswa bagi meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Cuma ramai belum tahu daripada jumlah yang layak itu berapa ramaikah Bumiputera dan berapa pula bukan Bumiputera. Seeloknya, disiarkan nama mereka, seperti mana desakan pihak tertentu yang meminta penerima biasiswa JPA disiarkan nama mereka. Sekurang-kurangnya kita celik dan terfikir sesuatu.

Lihatlah berapa ramai tersenyum lebar sebaik mendengar pengumuman itu. Berapa ramai pula ahli politik terutama daripada MCA dan MIC yang memuji. Konon Najib telah merealisasikan makna sebenar konsep 1Malaysia.

Apa kata, selepas ini kita minta pula mana-mana orang tanpa mengira bangsa termasuk yang telah berusia lebih 60 tahun diwajibkan fasih berbahasa Melayu. Bukankah Bahasa Malaysia bahasa rasmi negara ini. Harap-harap cadangan ini tidak ditentang, terutama oleh orang-orang politik. Bukankah mempunyai kefasihan Bahasa Malaysia menunjukkan kita juga menyokong konsep 1Malaysia? Tidak kira bangsa. Kita tak mahu lagi mendengar apabila ditanya, begini jawabnya: "Wa tak tau Melayu!"

Selepas lebih 50 tahun merdeka, selepas lebih 50 tahun tinggal dan menjadi rakyat negara ini tak ada alasan lagi ada rakyat yang tidak boleh berbahasa Malaysia. Kalau alasan mereka tidak bercampur dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak fasih, kita bantai kaw-kaw. Bukankah 1Malaysia bermakna kita tidak boleh mengasingkan diri. Atau tidak menjarakkan diri dari komuniti yang berbeza nama, berbeza warna kulit atau berbeza agama.

Harap-harap jangan hanya apabila kepentingan sendiri terpenuh baru semuanya baik. Tapi bila tidak, keadaan jadi tunggang terbalik.

DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Dulu ada pengalaman ketika jadi wartawan bertanya seseorang. Saya tanya, apa pandangan terhadap pembangunan di kawasan ini. Lalu digeleng-gelengkan kepala. Konon maksudnya tak tahu berbahasa Melayu. Tapi tak lama selepas itu saya terus memberitahu sesuatu. "Tadi dekat jalan sana ada accident mati. Itu anak awak kah?" Nah engkau...terus saja mulutnya terbuka. "Naik motosikal warna apa encik?"...Fuhhhh.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10