nuffnang ads

Tuesday, July 13, 2010

NAH ENGKAU! ADUN BN DIUSUL KETUAI PAC SELANGOR

Barisan Nasional Selangor dijangka berada dalam keadaan dilema apabila kerajaan Selangor di bawah teraju kerajaan Pakatan Rakyat membuat keputusan bersejarah mengusulkan cadangan melantik ahli dewan undangan negeri BN kawasan Sungai Burung, Shamsudin Lias sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) semalam.

Tindakan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini, mengusul pelantikan wakil pembangkang mengetuai PAC  tentu memberi cabaran kepada sikap dan cara BN yang tidak pernah memberi peluang pembangkang mengetuai jawatankuasa seumpama itu.

Usul berkenaan dijangka dibahas sebelum diluluskan bagi membolehkan Shamsudin dilantik memegang jawatan berkenaan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, memberitahu hal itu adalah perkara baru dalam politik Malaysia tetapi bertujuan murni untuk memastikan wujudnya ketelusan dan keseimbangan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Nah! Sekarang mari kita buktikan sejauh mana kita tidak berpolitik dalam politik.Kalau PR telah membuktikan ia sanggup bersikap telus, BN juga mesti bersedia menyahut cabaran ini.

DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK. Ayuh BN, jangan tolak. Tak ada malunya diperlakukan begitu. Nah Engkau...sinis kaw..kaw


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10