SPEAKER Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, hari ini mengistyiharkan kerusi bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sebagai kosong, selepas wakil rakyat itu dikatakan telah tidak menghadirkan diri bagi tempoh yang lama.
Menurut Teng, tiada peruntukan bagi Badrul untuk membuat rayuan dan itu adalah tugas dan tanggungjawab speaker bagi mengisyiharkan kekosongan kerusi yang difikirkan patut.
Menurut Artikel 69 Perlembagaan Negeri Selangor, mana-mana wakil rakyat yang gagal menghadirkan diri selama 6 bulan atau lebih mesti mengosongkan kerusi mereka.
Bagaimanapun, keputusan sama ada perlu dilakukan satu pilihanraya kecil bagi melantik seorang wakil rakyat baru di kawasan berkenaan tertakluk kepada Suruhajaya Pilihanraya (SPR)