nuffnang ads

Friday, November 12, 2010

TUJUH LELAKI PAKSA SAYA BUKA GARI DUA TAHANAN NIGERIA, KEMUDIAN MEREKA GARI SAYA PADA STERENG KERETA

TAJUK di atas adalah antara bait-bait alasan yang diberikan oleh salah seorang daripada dua pegawai imigresen yang terbabit dalam penghantaran 3 tahanan warga asing malam kelmarin, tetapi berakhir dengan dua tahanan Nigeria melepaskan diri.

Entah kerana apa, saya teringat pula kisah bagaimana seorang pegawai kanan imigresen yang kini ditahan ISA ada RM9 juta dalam akaun simpanan atas nama isterinya di Thailand!

Kata Pengarah Depoh Tahanan Asing Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Asri Yusof, salah seorang pegawainya yang terbabit dalam penghantaran pulang ketiga-tiga tahanan asing itu mendakwa ketika dia berhenti untuk membeli minuman di sebuah stesyen minyak, datang tujuh lelaki memaksanya dengan kasar melepaskan dua tahanan Nigeria - Solomon Udo Eneh dan Osuji Chinedu! Pegawai imigresen itu kemudiannya digari pada stereng.

Kesian bercampur lucu pula mendengar cerita ini. Kesian sebab digari pada stereng kereta. Lucunya bila terfikir pula, kenapalah dalam menghantar tahanan, sempat dia singgah di stesyen minyak untuk beli minuman. Di mana Standard Of Procedure (SOP) kerja dalam tugas-tugas sebegini? Begitu senangkah pegawai terbabit mengambil sikap mudah, sehingga menjadikan singgah dan beli minuman di stesyen dijadikan antara tugas sampingan?

Tidakkah beliau tahu, dalam menjalankan tugas menghantar tahanan, mereka tidak boleh singgah di mana-mana sehingga tugas selesai? Biarpun nak terkencing atau haus gila bagaimana sekalipun, tugas mesti diselesaikan dulu.

Sekarang, dua tahanan telah lolos. Apakah kita ingat rakyat tutup mata dan mengempang air mata bersimpati? Maaflah, kejadian tahanan lolos ini bukan sekali dua berlaku. Telah banyak kali. Rakyat yang bersekolah dan percaya adanya Tuhan susah menerima keadaan sedemikian. Apatah lagi gaji yang dibayar untuk pegawai berkenaan menjalankan tugasnya adalah wang dari rakyat! Pegawai terbabit kena hormat majikan sebenarnya, iaitu rakyat!

Kalau rakyat kata, kenakan hukuman tegas termasuk sumbat ke ISA, majikan atas kertasnya, iaitu Jabatan Imigresen mesti bersedia melakukan hukuman itu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10