nuffnang ads

Monday, November 22, 2010

SATU LAGI KES PENDERAAN PEMBANTU RUMAH INDON DI ARAB SAUDI

SELEPAS kes Sumiati Shalan Mustapha, 23, yang diseksa teruk majikannya termasuk koyak bibir kerana dipukul dan kes kematian Kikim Komalasari, 36, yang dibunuh majikannya sebelum mayatnya dicampak di tempat pembuangan sampah, kini satu lagi kes dera dilaporkan berlaku menimpa pembantu rumah warga Indonesia di Arab Saudi.

Terbaru, seorang pembantu rumah, Hosna 28, patah kedua-dua kakinya. Kejadian berlaku apabila Hosna menagih wang gajinya selama dua tahun yang tidak dibayar oleh majikannya. Dia bukan sahaja dimarahi tetapi dipukul dan dicederakan.

Selepas itu dia dikurung dan kerana terlalu terseksa, Hosna nekad turun menerusi tingkap rumah majikannya untuk melarikan diri tetapi terjatuh mengakibatkan dua kakinya patah.

Bapa saudara mangsa, Alfari yang memberitahu media Indonesia, anak saudaranya itu sudah lama tidak mengirim wang ke kampung dan mula terputus komunikasi menerusi telefon sejak September lalu.

Apabila menerima panggilan kelmarin menyatakan Hosna kini terlantar di Hospital Madinah, mereka sekeluarga amat terperanjat apatah lagi mendengar cerita dia sering sahaja diseksa selama bekerja dua tahun dengan majikannya.

Kini usaha sedang dilakukan meminta bantuan Presiden Susilo Bambang Yudoyhono untuk membawa Hosna segera pulang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10