nuffnang ads

Sunday, August 15, 2010

"BIAR KEDANA JANJI IMPORT" - SLOGAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL

KENYATAAN yang streotaip dan tidak berintegriti. Kenyataan sebegini barangkali adalah cara paling mudah untuk menutup kelemahan. Dulu yang selalu buat ucapan kelihatan bodoh itu ialah menterinya, Noh Omar. Hari ini, timbalannya pula. Mohd Johari Baharum.

Isunya? Ayam! Isu ayam tidak cukup dan ayam naik harga. Kalau tak silap saya dan tak silap rakyat yang lain juga masalah ayam, sama seperti masalah beras, pulut, gula, bawang, telur, tepung dan pelbagai barang keperluan lain lagi telah jadi masalah turun temurun sejak awal merdeka. Masalah yang sejak dulu-dulu tak selesai-selesai hingga ke hari ini, sehinggalah bertukar menteri. Tetap tidak selesai-selesai. Masalahnya sama. Tak cukup bekalan dan naik harga.

Hari ini diulangi Mohd Johari, kerajaan tak halang sesiapa pun kalau nak import untuk stabilkan bekalan dan harga menjelang hari raya. Dia kata alas beralas yang bekalan cukup tapi riak muka dan intonasi suaranya bergetar bercampur kebimbangan. Dengarlah wahai telinga, betapa mudahnya sebuah kerajaan mengambil tindakan mengatasi masalah rakyatnya. Kalau tak cukup atau naik harga, kita beli dari luar!  Namun, mahu disuruh mengerjakan tanah yang subur ini untuk hasilkan keperluan sendiri, tak mahunya dia.

 Belum pernah kita dengar, kenyataan yang berupa desakan dan kesungguhan yang kerajaan akan pastikan semua yang kurang itu ditanam dan dihasilkan di dalam negara. Masih lagi kerajaan yang ada ini duduk dengan selesa dalam kepompong budaya "BIAR PAPA JANJI IMPORT"


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10