nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

RAKYAT TAHAN 120 POLIS DAN ANGGOTA PARTI MEMERINTAH YANG MENYOKONG HOSNI KERANA MENYERANG


SERAMAI 120 orang yang menyokong Hosni Mubarak dan bertindak menyerang ratusan ribu rakyat menentang presiden itu ketika berada di Dataran Tahrir, berjaya ditahan oleh kumpulan rakyat.

Kesemua yang ditahan itu memiliki kad pengenalan polis atau kad keahlian anggota parti memerintah, menguatkan lagi dakwaan penentang Hosni Mubarak, bahawa presiden itu telah mengamalkan taktik kotor untuk menentang rakyat yang bangkit menolak kepimpinannya.

Ahli Jawatankuasa perarakan rakyat yang menentang Hosni, Kamal Ismail, menunjukkan bukti kad pengenalan termasuk milik pegawai polis kepada Reuters, sebagai bukti pembabitan polis dan anggota parti memerintah menyamar untuk menyerang rakyat yang berhimpun di Dataran Tahrir.

Menurut Kamal, kesemua yang ditahan itu telah diserahkan kepada pihak tentera.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10