nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

HOSNI BAYAR RM68 SEHARI KEPADA RAKYAT SERTAI PERARAKAN MENYOKONGNYA


REJIM Hosni Mubarak mengupah sebanyak RM68 sehari kepada setiap rakyatnya yang bersedia menyertai perarakan menyokongnya, sekali gus menjadi punca utama ribuan rakyat yang berhambakan duit sanggup menentang dan menyerang rakyat yang menuntut Hosni keluar dari Mesir dengan segera.

Upah itu didedahkan seorang saksi kepada Arab News dan menyebut lebih 3,000 rakyat telah menyertai perarakan menyokong Hosni dengan melaungkan slogan "Kami tidak mahu anda pergi!" di daerah Mohandeseen.

Difahamkan juga antara yang diupah adalah samseng, banduan dan mereka yang bermasalah, menyertai perarakan menyokong Hosni hanya kerana duit yang jumlahnya tidak berbaloi dengan maruah bangsa dan negara Mesir!

Sementara itu, Google menyiarkan rayuan meminta orang ramai membantu mengesan seorang eksekutif kanannya yang dilaporkan hilang sejak malam Khamis lalu, di Kaherah.

Wael Ghomin, Pengarah Pemasaran Google bagi Timur Tengah dan Afrika, dilaporkan tiba di Kaherah sejak seminggu lalu untuk menyertai sebuah seminar yang dianjurkan di ibu kota Mesir itu.

Bagaimanapun, sejak malam Khamis lalu, Gholim tidak dapat dihubungi oleh rakan-rakan dan sanak-saudaranya. Dia dipercayai menjadi mangsa penculikan yang dilakukan oleh rejim Hosni menerusi samseng dan tentera yang diupah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10