nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

PERDANA MENTERI MESIR MINTA MAAF


PERDANA Menteri Mesir, Ahmad Shafiq, hari ini memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada seluruh rakyat Mesir di atas kematian yang menimpa enam rakyat negara itu, ketika berlaku pertembungan di antara penyokong dan kumpulan yang anti presiden Hosni Mubarak.

Dengan angka kematian akibat pertempuran dua kumpulan itu meningkat menjadi sembilan orang sejak semalam, Ahmad memberitahu kerajaan memohon maaf di atas apa yang berlaku.

"Saya memohon maaf di atas apa yang berlaku dan satu siasatan akan dilakukan ke atas tragedi ini" katanya berucap menerusi stesyen televisyen.

Penyokong Hosni, dipercayai di kalangan polis dan anggota parti memerintah dikatakan melepaskan tembakan ke arah penentang presiden Hosni di Dataran Tahrir mengakibat kematian itu selain ratusan cedera.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10