nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

OBAMA BERUNDING DENGAN JENERAL MESIR UNTUK TURUNKAN HOSNI MUBARAK


SELEPAS gagal bermain wayang, Presiden Barrack Obama akhirnya terpaksa patuh pada kehendak rakyat Mesir yang mahukan Hosni berundur segera.

Terbeban oleh tangkapan ke atas beberapa wartawan negara itu oleh kumpulan penyokong Hosni dan sikap Hosni yang mengherdik wakilnya ketika bertemu kelmarin, Obama kini berhasrat mengambil langkah terakhir - menghantar wakil berjumpa jeneral Mesir supaya memujuk Hosni turun dari takhtanya secepat mungkin.

Obama dipetik media antarabangsa menyatakan amat kesal kerana angka kematian telah meningkat di kalangan rakyat Mesir dan paling penting Obama semakin risau harga minyak semakin tinggi.

Selagi Hosni tidak diturunkan, selagi itulah harga minyak akan mendadak naik dan selagi itulah hasratnya untuk meningkatkan ekonomi Amerika akan kecundang.

Hari ini dalam pertemuanya dengan beberapa anggota kongres, Obama menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk memastikan Hosni turun ialah dengan menggunakan pengaruh tampuk pimpinan tentera di Mesir.

Langkah yang dirancang oleh Obama ialah mempengaruhi jeneral tentera Mesir untuk memujuk Hosni supaya segera berundur.

Jika langkah itu tidak berjaya, penggunaan tentera menerusi rampasan kuasa sudah tentu sedang difikirkan oleh Obama. Percayalah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10