nuffnang ads

Wednesday, February 16, 2011

GADIS LARI RUMAH MABUK DALAM JERAT CINTA LOMBOK, DIBERKAS MALAM VALENTINE


TIADA perkataan amat sesuai diberikan kepada seorang gadis yang lari meninggalkan rumahnya di Kedah dan berfoya-foya bersama teman lelakinya seorang warga Indon asal Lombok di Pahang.

Apatah lagi kalau lelaki itu telah berkahwin dan mempunyai anak di tempat kelahirannya. Rahsia kebodohan gadis itu terbongkar malam semalam apabila dia dan lelaki terbabit antara pasangan yang diberkas dalam operasi oleh Jabatan Agama Islam Pahang.

Mulanya gadis itu enggan bekerjasama memberikan nombor telefon keluarganya, tetapi selepas dipujuk dia akhirnya mengalah.

Ibunya mendakwa anaknya itu telah melarikan diri dari rumah sejak tamat persekolahan dan tidak dapat dihubungi sehinggalah dia ditahan Jaip malam semalam.

Dia dan pemuda Lombok itu dipercayai berkenalan dan bersama-sama menanam benih cinta di ladang gelap selepas masing-masing bekerja di tempat yang sama.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10