SEORANG wanita penganggur yang sering menyamar sebagai seorang doktor pakar dalam bidang forensik, juga merupakan antara wanita dikehendaki polis kerana terbabit dalam beberapa kes penipuan, ditahan ketika mendapatkan rawatan kencing manis di Hospital Kluang, Johor minggu lalu.
Natra Zehan Md Shah, 38, kini ditahan dan diserahkan kepada balai polis Ampang Jaya berikutan laporan seorang mangsa kerugian lebih RM10,000 selepas diperdaya wanita itu sebelum ini.
Suspek direman sehingga hari ini dan akan diserahkan kepada IPD Cheras kerana ada empat laporan berkaitan penipuan sama dilakukannya di daerah itu.
Suspek yang juga tidak mempunyai sebarang pekerjaan sering berpindah randah dan bijak memperdayakan mangsa konon dia seorang doktor pakar dan sering mengajak individu melabur dalam projek membekal peralatan hospital membabitkan kerugian berpuluhh ribu ringgit.
Gambarnya pernah disiarkan sebelum ini antara orang yang dikehendaki polis. Selepas mendapat rawatan kencing manis, terkencing-kencinglah dia menjawab semua dakwaan penipuan selama ini.